''perkahwinan adisufiz''kekal bahagia hingga ke syurga''

''perkahwinan adisufiz""kekal hingga ke syurga=Daisypath Anniversary tickers

24 January 2011

doa jika ininkan zuriat


yg ni hani nak share...dpt dari iluvislam.com thx to namika ajibana:-
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan
syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)

1)         “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

( Surah Ali’ Imran: 38 )


2)         “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)

3)         “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)

Ini doa² yang ku amal sebelum dan semasa hamil