''perkahwinan adisufiz''kekal bahagia hingga ke syurga''

''perkahwinan adisufiz""kekal hingga ke syurga=Daisypath Anniversary tickers

20 December 2010

luahan hatiku

Kisah ini telah menjadi sejarah buatku tetapi tidak pernah luput dalam ingatanku...
aku telah mendirikan rumah tangga pada 19/6/2010 yang lalu..setelah beberapa bulan aku  menikah aku mengalami kerap membuang air kecil. dan boleh dikatakan 1 jam sekali pergi tandas tetapi airnya sedikit-sedikit...
Aku pun memberitahu  suami yang aku tidakdapat  menahan lagi  kesakitan ini..
ke esokan paginya aku ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan..
doktor memberitahu ku yang itu adalah masalah biasa bagi wanita yang baru berkahwin 2 bulan..
doktor memberiku ubat antibiotik dan laras kencing...saat tu juga suami aku pun tak sihat..
batuk2...doktor bagi ubat lagi banyak daripada aku...
dalam perjanan pulang kerumah suami ku ketawa....hahahahha...
aku bertanya'' kenapa hubby ketawa nie?'' dgn perasaan hairan..
dengan selamba hubby ku kata'' orang lain yang nak chek orang lain yang perlu makan ubat banyak"
kami sama-sama  ketawa dengan kata2 yang diucapkan tadi "ye lah tujuan kami pergi ke klinik untuk ku mendapatkan rawatan tetapi hubby pula yang perlu makan ubat lebih dari aku..hehehe
aku tak kisah janji kami sama2 sihat...


beberapa bulan kemudian........

sekarang usia perkahwinan ku telah mencecah 4 1/2 bulan..ramai rakan2ku  yang bertanya tentang zuriat..aku menjadi sedih..dengan sayu hati ku berkata belum ada rezeki lagi...tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu bahawa aku dan hubby inginkan zuriat...setelah beberapa hari aku sering sakit2...pinggang..aku berasa pelik dan hairan..dan hubby berkata "sayang kenapa nie"dah berapa lama sayang tak datang period?'
aku pun baru perasan yg aku telah 2 bulan tidak datang period..hati ku berbunga riang ..dan perasaan ku aku berasa aku mengandung..aku dan hubby pergi ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan...bila chek negatif..perasaan hampa..
kami pergi ke klinik swasta jawapan nya tetap sama negatif.......
setelah seminggu aku pun wat test prgnent yang ku beli dipasaran..jawapan positif ..dan ada dua line..hati ku riang sekali..aku khabarkan berita gembira ini kepada suami tercinta dan ahli keluarga ku...

aku dan hubby berasa  bahagia sangat..kami penuh pengharapan dengan bayi kami akan sihat...pelbagai cadagan dan kami fikirkan....mahu pi shoping la dan macam2...hubby  dan aku bercadang untuk membuat pemeriksaan ke klinik kerajaan swasta utk pastikan betul atau tidak..
ternyata betul..kami sangat bahagia...

pada minggu depanya kami bercadang untuk membuat scaning di klinik kerajaan..
tiga hari kemudian aku sakit2 pinggang yang amat sangat..ku .rasa sedikit kelainan ..lemah je seluruh tubuhku..maam tidak bermaya...
pada pagi keesokanya kami mahu pergi ke hospital itu cadagan hubby ku...
bagun je dari tidur aku berasa basah di sekitar ku...ku sedar...darah di kainku...
ku terasa payah untuk bangun dan perit yang teramat sangat....ku gagahi jua untuk bangun..sampai je di bilik mandi..gup..gup....seketul jatuh.. ketulan  macam daging keluar dari rahimku..bila aku amati macam janinku gugur...aku terpaku dan terduduk ..air mataku menitis tanpa ku sedari....aku berasa kesakitan yang amat sangat dan aku memanggil hubbyku...

pada esoknya hubby ku bawa ku ke klinik untuk pemeriksaan ternyata bayi ku gugur..dari scan yang dibuat oleh doktor rahimku bengkak dan ada tanda keguguran..aku dan hubbby tidak percaya lagi ...kami ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan sakali lagi...setelah pemeriksaan ternyata doktor tadi betul..aku telah gugur..kandugan berusia 14 minggu...
aku dibawa suami ke hospital besar..dan ku telah di masukan ke hospital besar untuk pemeriksaan selanjutnya,,kepada hubbyku..aku mohon ampun kerana tidak dapat menunaikan hasrat hatimu...aku berasa hampa atas keguguran ini dan bersalah kepada hubby...sehingga kini..memory itu tidak penah luput dalam ingatanku..

aku berharap allah akan kurnikan kami zuriat yang soleh pada masa akan datang..
ku berharap agar allah memelihara kami dalam apa jua keadaan kami di muka bumi ini..
ya allah ampunkanlah dosa2 ku dan dosa2 suamiku..
ku berharap ada sinar harapan,kebahagia,kecintaan buat kami di dunia dan diakhirat..
ya allah jadikanlah kami suami isteri yang taat kepada perintahmu..dan soleh di muka bumi ini...
ku berharap masih ada sinar dalam hidupku. dan ku berdoa agar sinar itu sentiasa terang dan bersinar dalam   rumah tanggaku........
..................amin...................................................